Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
No.Tel : 03-8323 1000
No.Fax : 03-8323 2062


Profail Korporat

SEJARAH PENUBUHAN

Menjelang akhir tahun 70-an, terdapat banyak rayuan bantuan daripada rakyat terutama dari  keluarga miskin  atau mereka yang kurang bernasib baik dan yang perlu dihantar ke luar negeri bagi rawatan segera pembedahan jantung berlubang. 

Rayuan tersebut telah dikemukakan kepada badan-badan kerajaan dan setengahnya disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan untuk mendapatkan belas kasihan orang ramai. Malangnya, rayuan ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya, mungkin ianya diluar skop bantuan jabatan kerajaan mahupun agensi swasta yang berkenaan.

Walaupun pihak akhbar memainkan peranannya namun kerumitan masih ada. Derma yang diminta kadangkala tidak mencukupi atau lewat sampai. Keputusan yang diterima selalu mengecewakan. Kementerian Kebajikan Masyarakat walaupun mempunyai berbagai skim bantuan, namun skim bantuan dan kadar maksimum bantuannya adalah terhad. Justeru itu, keadaan ini telah menggalakkan penubuhan Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN). 

YKN tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap dan bagi memastikan dana yang mencukupi YKN sentiasa mengalu-alukan sumbangan derma daripada individu, syarikat swasta dan sebagainya. Semua sumbangan derma kepada YKN akan dikecualikan daripada cukai seperti yang telah diwartakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Warta Kerajaan Bil. No.1069 bertarikh 4hb Mac 1982.        

    Kembali ke paparan terdahulu...>