Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
No.Tel : 03-8323 1000
No.Fax : 03-8323 2062


Profail Korporat

 

OBJEKTIF

Memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga. Untuk mencapai tujuan tersebut Yayasan Kebajikan Negara telah menggariskan beberapa objektifnya seperti yang berikut:

 

i. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan 

   pertolongan melalui peruntukan kewangan dan pelbagai

   perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

 

ii. Menggalakkan serta memberikan penekanan khusus di dalam

    usaha memupuk perkhidmatan kebajikan keluarga dan kanak-

    kanak.

 

iii.Menggalak serta membantu perkembangan pertubuhan

    kebajikan sukarela yang berusaha meningkatkan kualiti rakyat

    Malaysia dan mempunyai tujuan sehaluan dengan tujuan YKN.

 

iv.Menyebarkan maklumat dalam bidang kebajikan masyarakat.

 

v. Menganjurkan kehadiran peserta-peserta ke seminar, persidangan

    dan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan kebajikan

    masyarakat.

 

vi.Menggalak serta menganjurkan penyelidikan dalam bidang kerja-

   kerja kemasyarakatan.