Alamat: Tingkat 20, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.  No.Tel : 03-26165600  No.Fax : 03-26943869


 


Profail Korporat                    

[Sejarah Penubuhan]  [Objektif]  [Definisi Logo]

PENGENALAN

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan yang ditadbirkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dan dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. YKN diperbadankan pada 5hb Disember 1981 berdasarkan surat kelulusan Y.A.B Perdana Menteri di bawah Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 dan telah dilancarkan  oleh D.Y.M.M. SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG VII pada 6hb April 1982. Pentadbiran YKN dikawalselia oleh Suratikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981.

 

VISI

Membantu usaha kerajaan membangunkan anggota masyarakat khususnya golongan yang berkeperluan berteraskan modaliti penjanaan modal insan.

 

MISI

Menjalin perkongsian bijak dengan pelbagai sektor ke arah memajukan taraf hidup dan keselesaan golongan yang memerlukan.

 

 











Derma 'Online'
Kini anda boleh menderma secara 'online' pada bila-bila masa. Hulurkan sumbangan anda untuk mereka yang memerlukan. Terima kasih.